Wednesday 19 February 2014

Guna Facebook Biar berpada

Guna Facebook Biar berpada

Cetak
KUALA LUMPUR: “Tidak dinafikan penggunaan laman sosial seperti facebook atau Internet sudah termasuk sebagai keperluan pada zaman ini, tapi ia bergantung sejauh mana seseorang itu hadkan penggunaannya mengikut keperluan masing-masing.

“Jika penggunaannya bermatlamatkan keseronokan atau hiburan, ia memberi kesan mengikut matlamat yang diingini. Akibatnya, jika sudah berumahtangga banyak perkara yang akan diabaikan,” kata Kaunselor Keluarga dan Kerjaya, Rahim Haron.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu yang mengakui leka melayari Facebook tanpa menyedari anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun hilang ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Ketika kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.

Rahim berkata, facebook mempunyai banyak kegunaan kepada masyarakat sekiranya digunakan untuk matlamat yang betul.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/12 Metro

No comments:

Post a Comment